Tuesday, April 7, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU...

Setahun sudah berlalu...07 April muncul kembali..mengamit kenangan silam..wahh!!!dah cam lagu pulak kan..hiihhi..tanggal 07/04/2009 cukupla setahun kaseh berkhidmat dengan kerajaan dan menetap di pulau mutiara ini.pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya kaseh merantau ke negeri orang..cepat tul masa berlalu kan..rasanya macam baru semalam jer kaseh melaporkan diri di KSM...

Setahun berada di sini pelbagai pengalaman pahit manis dan kenangan suka duka yang sudah kaseh lalui dan kutip untuk disimpan kemas dalam meori.biar ia menjadi satu sejarah dalam hidup kaseh nanti.kaseh bersyukur berada di sini terutama di jabatan kaseh sekarang kerana staf2 di sini semuanya baik2 belaka dan tak lokek memberikan tunjuk ajar dan nasihat pada kaseh yang baru berkecimpung dalam bidang ini.

Pada awal menjejakkan kaki di sini memang kaseh rasa gementar dan takut bangat..yela di tempat baru dan orang baru.sering tergambar di fikiran kaseh bagaimanakah nanti penerimaan orang di sini terhadap kaseh.bolehkah bekerjasama nanti..???sombong2 kah mereka..???..semua nya selalu berlegar2 di fikiran kaseh..sehinggalah kaseh ditempatkan di jabatan ini..ternyata kesemua yang bermain di fikiran kaseh melesat belaka..staff2 kat jabatan ini rupa2 nya baik2 belaka dan mudah memberikan kerjasama..^_^...

Setahun berada di negeri pulau mutiara ini membuatkan kaseh semakin dapat menyesuaikan diri, biarpun pada awalnya memang kaseh tidak berapa suka negeri ini.tengok majoriti kaumnya cina sudah menggusarkan hati kaseh..huhuuhu...tapi lama kelamaan itu semua tidak lagi menjadi persoalan asalkan kita tahu membawa dan menjaga diri dan nama baik family..harapan kaseh semoga nanti dapat memberikan yang terbaik untuk kerjaya dan kehidupan kaseh....


*kaseh suka tengok keindahan pantai..berada di sini mendekatkan jiwa kaseh dengan alunan ombak dan desiran pantai...