Friday, May 8, 2009

ORANG YANG MENCINTAI KAMU.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]

*Sumber google

NUKILAN KU.....

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri
Kan terleka
Hanyut di buai angan
Dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahgiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah JANJI........

Monday, May 4, 2009

ADA DERITA DI MATAMU....

sedar x sedar dah dekat sebulan kaseh x post new entri..lama gak tue..bukan aper kadang2 terbz dengan keje dan diri sendiri..hoohohoo..arini baru kaseh mula keje setelah bercuti panjang selama seminggu..wahhh...!!!memang best giler dapat cuti...tambah2 lagi dapat lik kampung.rasa cam tak mau lagi dah lik ke sini...waaaa.....tapi pe2 pun kerja perlu diteruskan...dan kerna memikirkan komitmen denga kerja la kaseh masih lagi berada di sini...-)

seminggu di kampung memang buat kaseh rasa hepi, sedeh, risau, bahgia, duka....semua perasaan 2 ada...tapi kenapa..???kaseh rasa hepi dan bahgia kerna dapat berkumpul semua dengan adik beradik..bukan senang nak berkumpul camtue...hari raya pun belum tentu lagi...yela akak2 kaseh semua dah berkeluarga..so time raya tue kenala ikut sistem giliran...kadang2 tue tahun nie kak long jer dapat lik n kak ngah raya umah mertua...begitu la situasinya...huhuuhuhu...tapi tuk minggu lepas semua ada dan kaseh rasa cukup gembira n bahgia...;-)

di sebalik semua kegembiraan itu, kaseh juga turut berasa teramat risau, sedeh dan duka..kerna aper...???ini semua kerana mak tercinta kaseh dimasukkan ke dalam wad.rabu lepas kaseh temankan mak berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui penyakit mak kaseh dengan lebih lanjut di hospital jerantut.selepas hari raya tahun lepas mak kaseh sudah mula menderita penyakit ini.penyakit yang belum diketahui dari mana punca dan namanya lagi..bayangkan berat mak kaseh yang dulu mencecah 50kg kini tinggal 40kg sahaja...memang kurus sangat kaseh tengok...sedih kaseh melihatnya...:-(

keluar sahaja dari berjumpa doktor, mak sudah kena masuk wad...terkejut gak kaseh.seboleh mungkin kaseh nak jaga jer mak kat umah..mak pun nampak keberatan tuk tinggal di wad.yela seumur hidup mak tak pernah masuk wad.nie la yang pengalaman pertama untuk mak.tapi nak x nak arahan dari doktor perlu dipatuhi.dan bila fikir2 balik kaseh rasa tue yg terbaik tuk mak. di sana pastinya mak dapat rawatan yang lebih rapi dan tentunya doktor dapat kesan penyakit mak dengan lebih cepat.dan kaseh harapkan tiada penyakit yang kritikil dihidapi oleh mak..

bermula dari ari rabu hingga semalam kaseh dan adik beradik x putus2 melawat mak dan bergilir2 gan adik temankan mak di wad sampai pagi..mujur kaseh bawa kereta lik kali nie.snag la berulang2 ke hospital..hari ini doktor akan bagitau apa penyakit mak..setelah 5 ari sampel darah dan kahak mak diambil bagi mengetahui jenis penyakit mak..kaseh harap semua nya ok dan mak dijauhi dari penyakit yang merbahaya..seandainya kaseh dapat berkongsi kesakitan itu dengan mak kaseh rela...asalkan mak yang kaseh kasihi dan cintai dapat sembuh seperti biasa..