Saturday, September 5, 2009

....PeNaT...

salam ramadhan...
lama tul x update blog nihh...kesibukan yang memanjang...huuhuuhu....penat tul arinie coz kaseh kena ngajar kursus pakej rangsangan.sabtu dan ahad lagi.cari pengalaman dalam bidang pengajaran..dapatla gak ilmu dan kemahiran sedikit sebanyak.alhamdulillah..mula2 kena ngajar peserta kursus ini memang ketaq la jugak.yelaa pengalaman pertama kan.takut..gementar...dan pelbagai perasaan lagi laa...tapi dah kali ke 3 alhamdulillah semuanya berjalan semakin lancar..:-) ermmm...dah dekat kul 5 ptg punn...waktu balik dah sampai....yahoooo......jumpa lagi di lain kali...

Thursday, June 4, 2009

MAHAR CINTA

Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku melagukan rindu

Kiranya engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terucap


Pasti dirimu kan memahami

Harapan kasih yang terbina

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu


Bukanlah aku sengaja

Melindungi rasa di jiwa

Namun bimbang diri kan terleka

Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran


Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji


Andainya dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku melagukan rindu

Kiranya engkau bisa mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terucap


Pasti dirimu

Dapat melihat rahsia kasih yang terpendam

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Selamanya

Friday, May 8, 2009

ORANG YANG MENCINTAI KAMU.....

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! ]

*Sumber google

NUKILAN KU.....

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri
Kan terleka
Hanyut di buai angan
Dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahgiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah JANJI........

Monday, May 4, 2009

ADA DERITA DI MATAMU....

sedar x sedar dah dekat sebulan kaseh x post new entri..lama gak tue..bukan aper kadang2 terbz dengan keje dan diri sendiri..hoohohoo..arini baru kaseh mula keje setelah bercuti panjang selama seminggu..wahhh...!!!memang best giler dapat cuti...tambah2 lagi dapat lik kampung.rasa cam tak mau lagi dah lik ke sini...waaaa.....tapi pe2 pun kerja perlu diteruskan...dan kerna memikirkan komitmen denga kerja la kaseh masih lagi berada di sini...-)

seminggu di kampung memang buat kaseh rasa hepi, sedeh, risau, bahgia, duka....semua perasaan 2 ada...tapi kenapa..???kaseh rasa hepi dan bahgia kerna dapat berkumpul semua dengan adik beradik..bukan senang nak berkumpul camtue...hari raya pun belum tentu lagi...yela akak2 kaseh semua dah berkeluarga..so time raya tue kenala ikut sistem giliran...kadang2 tue tahun nie kak long jer dapat lik n kak ngah raya umah mertua...begitu la situasinya...huhuuhuhu...tapi tuk minggu lepas semua ada dan kaseh rasa cukup gembira n bahgia...;-)

di sebalik semua kegembiraan itu, kaseh juga turut berasa teramat risau, sedeh dan duka..kerna aper...???ini semua kerana mak tercinta kaseh dimasukkan ke dalam wad.rabu lepas kaseh temankan mak berjumpa dengan doktor pakar bagi mengetahui penyakit mak kaseh dengan lebih lanjut di hospital jerantut.selepas hari raya tahun lepas mak kaseh sudah mula menderita penyakit ini.penyakit yang belum diketahui dari mana punca dan namanya lagi..bayangkan berat mak kaseh yang dulu mencecah 50kg kini tinggal 40kg sahaja...memang kurus sangat kaseh tengok...sedih kaseh melihatnya...:-(

keluar sahaja dari berjumpa doktor, mak sudah kena masuk wad...terkejut gak kaseh.seboleh mungkin kaseh nak jaga jer mak kat umah..mak pun nampak keberatan tuk tinggal di wad.yela seumur hidup mak tak pernah masuk wad.nie la yang pengalaman pertama untuk mak.tapi nak x nak arahan dari doktor perlu dipatuhi.dan bila fikir2 balik kaseh rasa tue yg terbaik tuk mak. di sana pastinya mak dapat rawatan yang lebih rapi dan tentunya doktor dapat kesan penyakit mak dengan lebih cepat.dan kaseh harapkan tiada penyakit yang kritikil dihidapi oleh mak..

bermula dari ari rabu hingga semalam kaseh dan adik beradik x putus2 melawat mak dan bergilir2 gan adik temankan mak di wad sampai pagi..mujur kaseh bawa kereta lik kali nie.snag la berulang2 ke hospital..hari ini doktor akan bagitau apa penyakit mak..setelah 5 ari sampel darah dan kahak mak diambil bagi mengetahui jenis penyakit mak..kaseh harap semua nya ok dan mak dijauhi dari penyakit yang merbahaya..seandainya kaseh dapat berkongsi kesakitan itu dengan mak kaseh rela...asalkan mak yang kaseh kasihi dan cintai dapat sembuh seperti biasa..

Tuesday, April 7, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU...

Setahun sudah berlalu...07 April muncul kembali..mengamit kenangan silam..wahh!!!dah cam lagu pulak kan..hiihhi..tanggal 07/04/2009 cukupla setahun kaseh berkhidmat dengan kerajaan dan menetap di pulau mutiara ini.pejam celik, pejam celik dah setahun rupanya kaseh merantau ke negeri orang..cepat tul masa berlalu kan..rasanya macam baru semalam jer kaseh melaporkan diri di KSM...

Setahun berada di sini pelbagai pengalaman pahit manis dan kenangan suka duka yang sudah kaseh lalui dan kutip untuk disimpan kemas dalam meori.biar ia menjadi satu sejarah dalam hidup kaseh nanti.kaseh bersyukur berada di sini terutama di jabatan kaseh sekarang kerana staf2 di sini semuanya baik2 belaka dan tak lokek memberikan tunjuk ajar dan nasihat pada kaseh yang baru berkecimpung dalam bidang ini.

Pada awal menjejakkan kaki di sini memang kaseh rasa gementar dan takut bangat..yela di tempat baru dan orang baru.sering tergambar di fikiran kaseh bagaimanakah nanti penerimaan orang di sini terhadap kaseh.bolehkah bekerjasama nanti..???sombong2 kah mereka..???..semua nya selalu berlegar2 di fikiran kaseh..sehinggalah kaseh ditempatkan di jabatan ini..ternyata kesemua yang bermain di fikiran kaseh melesat belaka..staff2 kat jabatan ini rupa2 nya baik2 belaka dan mudah memberikan kerjasama..^_^...

Setahun berada di negeri pulau mutiara ini membuatkan kaseh semakin dapat menyesuaikan diri, biarpun pada awalnya memang kaseh tidak berapa suka negeri ini.tengok majoriti kaumnya cina sudah menggusarkan hati kaseh..huhuuhu...tapi lama kelamaan itu semua tidak lagi menjadi persoalan asalkan kita tahu membawa dan menjaga diri dan nama baik family..harapan kaseh semoga nanti dapat memberikan yang terbaik untuk kerjaya dan kehidupan kaseh....


*kaseh suka tengok keindahan pantai..berada di sini mendekatkan jiwa kaseh dengan alunan ombak dan desiran pantai...

Monday, March 30, 2009

WEEKEND YANG HEPI..^_^...

weekend nie betul2 buat kaseh hepi dan enjoy...bak trademark dalam citer puteri "hidup mesti enjoy..hihiihihi...."sabtu dan ahad memang masa kaseh terisi sungguh...tak dok diam kat umah...berjalan jer keje yer..tambah2 dah der keberanian dan kekuatan tuk drive sorang2..apalagi laju jela kaki nie..ekekekekeke...

kul 11.00pm sabtu tue kaseh dah bergerak kuar dari umah menuju tempat yang dijanjikan dengan seorang akak yang lebih suka dipanggil 'kak manje'..he hehe..mjur jalan tak jammed dan dapatla kaseh sampai di tempat tersebut pada kadar waktu yang pantas..tak jauh mane pun sebenarnya...cuba korang teka...???jeng...jeng...jeng...megamall jer...hiihihihi....

sampai2 jer kat pasific kak manje lum smp ag.katanya jammed kat bukit mertajam..xpela leh kaseh cuci2 mata tgok baju kanak2 yg cantik2 dan menarik hati ini.dan tiba2 teringat kbtlan ari tue besday anak buah kaseh yang ke 4thun...apalagi terus call dia n wish hepi besday..tak ketinggalan dapt la pesanan penaja dari si comel fatin tue.."achik gan lupe aju n jeans bayu yekk..."katanya m'ingatkan..yela2...kaseh mejawab..tgok2 baju power puff girls cam sesuai jer gn comel tue.dan kaseh tanpa berlengah lagi terus beli jer baju n skirt tue.mesti gumbira sakan fatin nti..ehehehe..sesudah itu kaseh pun terus menuju tempat yang akan menyaksikan pertarungan sengit anatar kaseh, k manje dan hubby k manje...:-)

alhamdulillah...tempat masih der kosong..dapatla tunjukkan kehebatan dan aksi masing2 nti..wakaka..smntra tgu k manje smp kaseh bayar dulu harga tuk game tersebut..bukan per takut line penuh lak nti..mesti dah dapat agak kan per jenis game nie..bowling laa...hehehehe...15minit kmdian k manje pun sampai..percaya x 4 round kitaorang men...2 baru cikit sebenarnya..tp xpela janji dapat men gak..aksi msg2 leh tahan laa hebatnya...tuk pusingan 1 n 2 kaseh la juara..hebat gak kan..:-)pusingan 3 k manje n last game hubby k manje..jadila masing2 dapat memegang title juara tue..wakakka....dlam kul 2.30pm game berjaya di habiskan n masing2 membawa haluan sendiri.kaseh sorang2 la jawabnya...tapi kaseh x kisah coz kaseh snbrnya selalu window shoping n shoping sorang2 nie.hehehehe...dan mmg pun der benda berharga dan yg kaseh idam2 kan kaseh terbeli...hhuuhu...pantang berkenan nie..nak tau per..???tunggu di next entri....hehehehe...

ahad, 12.00pm...sekali lagi kaseh kuar..masih menuju tempat yang same tapi dgn orang yg berlainan.nie pun bagi memenuhi permintaan student kaseh tuk kuar bersama sblm diaorang cuti sem..oppppsss...tp bukan berdua tapi berenam..lau berdua nti pasti timbul la gosip2 yang terhangat dan terpedas.. ahahhaha...banyak aktiviti yang dirangka oleh diaorang.kaseh ikut jer..bagi peluang diaorang decide...first2 tentula tgok wayang..KNOWING...tak membazir bayar tuk harga tiket coz mmg best..leh bg 4 star..hehehe..x caya???pie la sndri tgok...^_^...

habis movie aktiviti disambung dan men bowling..bowling lagi..memang kaseh dah kemaruk bowling...huuhuhu...tapi xper la bg memenuhi hajat dak2 nie. layannn jer...just 1 game jer...dan kaseh la juara..hehehe..habis bowling lam kul 6pm kitaorang bergerak ke R n R bagam ajam..wahh...memang best gile
dapat tgok pantai...memang kaseh suka...tenang dan nyaman sekali..angin sepoi2 bahasa..kaseh suka..kaseh suka..diaorang pun kepala giler2..teringat lak zaman study dulu..cm2 gak la kaseh..hepi + nakal gan geng2..kenangan2 memang mengasyikkan...lebih kurang kul 8.30pm barula kitaorang bergerak balik...

2hari yang dilalui memang betul2 wat kaseh enjoy wlu pun kepenatan..thankzz tuk semua yang selalu menceriakan dan memgembirkaan hari2 kaseh...^_^...

Friday, March 27, 2009

SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA.

Pengharapan dan doa setiap wanita terhadap bakal pasangan hidupnya...termasuk la kaseh..cuma insan biasa yang punyai banyak kelemahan dan kisah silam yang kelam dan terang..sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan dari insan yang bergelar 'SUAMI'.....doa kaseh moga dia sentiasa dapat mengerti dan memahami...


Kau yang bernama…....

Andainya suatu hari nanti

Ditakdirkan kita akan bersama

Melayari bahtera kehidupan

Usah kau mimpikan selaut sutera kehidupan

Jangan kau igaukan kasih yang menggunung

Juga usah kau harapkan

Kesempurnaan yang mutlak dari diri ini…


Akuilah hakikat yang tersurat

Aku bukan Siti Khadijah

Mahupun tidak juga Siti Fatimah

Aku juga bukan Siti Aisyah

Ataupun Ummu Mukminin yang lain

Jauh sekali seperti Rabiatul Adawiyyah

Wanita sufi yang terpuji

Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam

Mahupun Masyitah, Asiah atau Sumayyah…


Kau yang bernama…...

Mengertilah dengan waras keimanan

Aku hanyalah wanita akhir zaman

Yg masih cuba mempertahnkan maruah

Dengan kesucian diri sebagai Muslimah

Berlandaskan garisan ketetapan-Nya

Dalam kegawatan masa kini

Yang serba palsu dan menjijikkan

Dengan kemampuan diri

Yang tinggal sekuman cuma…


Kau yang bernama……....

Demi kerana-Nya semata-mata

Tidakku tagih apa-apa darimu

Cumaku pohon sebuah pengertian

Dan juga kasih sayang yang suci

Bahawa aku adalah amanah untukmu

‘SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA….’



**sajak ini kaseh ambil daripada arkib simpanan adeq kaseh.memang terlalu banyak renungan dan nasihat yang lh kaseh jadikan panduan dalam meniti arus2 kehidupan...."

Thursday, March 26, 2009

FALSAFAH CINTA.....

Pagi ini begitu indah. Seindah perasaan kaseh…Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk menghirup udara segar di dunia yang fana ini. Pagi yang ceria, tenang dan nyaman sekali…teringat pesan mak kaseh…”kakcik gan lupa bangkit awal pagi, solat subuh dan lebarkan senyuman pada semua..baru murah rezeki…”..^_^….kata azimat yang sentiasa kaseh pegang hingga kini walaupun bab bangkit awal tue kadang2 terlajak gak..ampun mak.. huhuhu…tapi memang betul la tue.bila kita senyum kat orang mesti orang tue akan senyum balik kat kita kan..tul takkk..???tak dapat bersedekah dengan wang ringgit jadila if kita dapat memberikan semanis senyuman pada orang yang berselisih gan kita.dapat gak ganjaran dan pahalanya…^_^….

Ermmm…mesti tertanya2 kan apa lak kaitan tajuk dengan mukadimah kat atas tue…actually hari ini kaseh nak tulis satu topic yang memang semua orang suka….cuba teka..???laaa…sah2 dah jawapan ada kat atas tue…uhuhuhuhu. CINTA…..semua orang pun ingin dicintai dan mencintai...tul takkk..???bila di alam percintaan diri pun terasa di awang-awangan..sikap yang buruk2 ada pada pasangan pun nampak elok2 dan baik2 jer..yela tengah syok bercinta kadang2 sampai mata hati pun jadi buta..gaduh cikit2 tue no hal la..mesti dapat di selesaikan..yela sayang punya pasal kan..

So…kat sini kaseh nak berkongsi dengan semua falsafah cinta yang akan mengukuh dan merapatkan lagi jalinan percintaan itu…kerana kadang kala dalam percintaan kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangan.falsafah ini kaseh amik dalam arkib simpanan adeq kaseh..

“….Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta......


Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi Untuk anda memahami.

Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; Tetapi untuk anda diambil.

Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya Anda didengar.

Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan Untuk anda meminta itu dan ini.

Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.....


“…..bercinta tidak semestinya kedua-dua mengecapi kebahagian bersama…berkorban untuk melihat org yg disayangi juga adalah cinta yg sebenarnya….


Hmmm...agak2 kita termasuk tak dalam kategori kat atas tue........???

Wednesday, March 25, 2009

STUDENT oo STUDENT

25/03/2009...12.30am...
ermm...dh lame rase yer tak update new entri..bukan apa kaseh bz ckit dan wat2 membz kan diri sebenarnya...hiihihhi...mgu nie sibuk dok menanda ujian 02 student kaseh...2 hari menanda kertas diaorang smp kan 2 minggu kaseh rase sakit kepala..melampau tul kenyataan kaseh kan..hehehe.. bukan aper macam2 jawapan yang kaseh terima..alu dibandingkan gan skema jawapan byak silap dari betulnya...camner nak wat nihhh...???nak x nak bagi gakla markah kesian coz jawapan di tulis gak dr dibiarkan kosong..uhuhuhuu....bukan byak pun 1 mark jer...jadila my student...

next week diorang dah start final exam...kaseh rase kaseh lak yang terlebih takutnya..bukan ape bimbangkan diorang.entah dapat jawab x soalan nanti...harap2 semua dapat lulus gan cemerlang.bila tgok student2 kite berjaya n hepi as pengajar kite pun turut rase cam2 gak...tul x...???so nak dekat2 gan exam nie adela student2 yang mes memohon kemaafan dari kaseh lau diorang der wat salah n silap..."cik kaseh doakan kitaorang yekk...kami sayanggg cik kaseh..."itula ayat2 penyedap telinga yang dihantar pada kaseh...as pengajar semestinya kaseh sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka...walaupun kadang2 perangai dan feel mereka nie leh wat kaseh pecah kepala n sakit hati...huhuuhuhuhhu......for my student i wish good luck.....^_^....

Tuesday, March 17, 2009

ANDAI NYA KAU TAHU.....

Hari ini......
Waktu ini.....
Saat ini........

Hati kaseh berlagu sedeh..seperti ada beban yang sarat yang perlu digalas dan ditanggung dalam hati ini..beban yang dari semalam menghuni dalam dasar hati ini yang tak mampu untuk kaseh usir dan buang jauh dari diri.lama sudah kaseh tak berperasaan seperti ini..lama...ya memang sungguh lama...lebih kurang 5 tahun perasaan itu tidak pernah hadir sejak peristiwa itu...dan 2 hari ini ia kembali menghantui dan meminta tempat untuk kembali semula dalam hati ini...

Ahhh...kacau...memang sungguh kacau dirasakan..ketenangan dan kegembiraan kaseh bagai diragut pergi dengan hadirnya perasaan itu.satu perasaan yang membuatkan jiwa kaseh teramat sensitif dan membuatkan kolam mata kaseh cepat sangat mengalirkan mutiara berharga..kaseh tak suka berkeadaan seperti ini kerana kaseh tau kaseh bukan seorang yang cepat untuk menitiskan air mata tanpa sebab-sebab yang munasabah..dan air mata ini hanya akan mengalir untuk orang2 yang paling kaseh sayangi dan kasihi dalam hidup ini..dan 'Dia' berjaya mengusik perasaan dan jiwa kaseh sebgini rupa..Buatmu insan yang bergelar lelaki..

''Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji........''

Friday, March 13, 2009

:::KaWaN_DeMaM:::

Kaseh sedeh...kawan kaseh demam...cian dia.harap2 dia cepat sembuh laa sebelum sabtu nie menjelma.bukan aper, sabtu nie merupakan ari yang cukup di tunggu2 olehnya dan paling tepat leh dikatakan ari yang cukup bersejarah dalam hidupnya.lau dia still ag deman memang x dapatla nak mengukir sejarah dan abadikan kenangan2 yang cukup indah dan bermakna pada hari tersebut...

sabtu..14/03/09....merupakan tarikh keramat kerana pada hari itu, dia akan menjalani perbarisan tamat latihan bagi anggota PDRM.sejak minggu lepas lagi dia n kawan2 giat menjalani latihan tuk menjayakan perbarisan ini.mugkin disebabkan oleh latihan yang kerap dan berada lak di bawah cahaya mentari yang membuatkan dia demam.bahkan kawan2 yang len turut mendapat tempias yang sama..sindrom demam..!!!..cian lak kaseh mendengarnya.yela family dioarang ramai yang akan datang nanti.kalau x dapat lihat anak masing2 berjalan dengan penuh gaya n berkeyakinan dalam perbarisan tersebut tentu terkilan dan kecewa kan..untuk last training arini pun kawan kaseh paksakan diri gak join sama lam perbarisan tersebut..minat punya pasal dan fikirkan family yang datang nanti dia sanggup ambil risiko..huuhuhu...

Kaseh harap moga2 dia dapat sembuh sepenuhnya esok hari dan dapat mengikuti perbarisan tersebut dengan jayanya.if ditakdirkan memang dia tak dapat untuk melibatkan diri gak harap2 dia menerima segalanya dengan tabah dan sabar.kaseh tau terkilan..kecewa..sedeh..memang ada tambahan 9 bulan menjalani latihan dengan tekanan..suka...duka..pastinya mahu saat2 terakhir ini di abadikan dengan penuh kebahgiaan dan mahu setiap yang diimpikan menjadi kenyataan..tapi percayalah kawanku, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmat yang tersembunyi...if sabtu nanti terpaksa tengok dari kejauhan jer perbarisan tersebut redhalah dan kaseh harap pasni dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang dalam unit masing2....^_^....

Thursday, March 12, 2009

:::ADEQ vs EGO:::

semalam my little sis call......banyak benda yang dibualkan.biasa laa adik bongsu ader jela yang x kena dan sesuai di jiwa...manje pun kadang2 telebih udahh...tul x...???uhuhuhu..."achik makanan x best arr kat asrama nie...."adunya..itulaa rengekan yang hampir saban hari kaseh tima."emm sabarlaa....adat dok hostel camtu laa...ade mase makanan best dan selebihnya banyak yang tak sesuai di tekak dan perut...huihuihui...yang penting gan biarkan perut tue kosong dan mesti makan fahammmm...!!!..."kata kaseh memujuk dan berupa amaran...bukan ape my little sis nie ader penyakit yang tak membenarkan dier kosongkan perut....penyakit per lagi...gastrik laaa....kaseh yang kat umah nie lakk terlebih2 bimbang....yela...sape tak sayang adik...tula x....???

Dari bercite pasal diri..study..cinta...emmm dah der calon ker my sis nie...???..cinta gorila barang kali...huhuuhhuu...kaseh dulu time belajar memang seboleh-bolehnya cuba elakkan diri dari ber cinta.walau pun ader yang nak meraih cinta tue..^_^....bukan per takut tak dapat seimbangkan kedua2dua nya...haru biru nanti..tapi ader orang cakap CINTA tue dapat bagi sokongan dan dorongan kat seseorang itu untuk lebih berjaya..memang ader pun dan x dapat dinafikan..yang penting terpulang pada diri bagaimana untuk membahagikan masa antara cinta dan pelajaran.. andai dapat diraih kedua2 nya, alhamdulillah syukur..bahagia...

Bercakap soal cinta, memang my sis tengah pening kepala.semalam dier tanya pendapat kaseh ape yang perlu dia lakukan..ermm...tengah lancarkan perang dingin la nie..patut laa suara mendung dan sayu semacam..

Ceritanya...bermula hanya dengan sekeping sms yang di hantar untuk 'abang tersayang..'(besa laa panggilan dalam alam percintaan..katanya untuk nampak lebih romantik dan sebagai persediaan..yer kerrr...???)...smsnya lebih kurang berbunyi cmni...:

"ini adalah pokok rambutan cantikkan...???

tinggi lak tue....

awak tau x....???

di situlah SAYA akan gantung AWAK, kalau AWAK lupakan saya...He..He..(",)

Dan tercetuslah masalah hanya bermula dengan sms yang cmni..kemudian F reply..(F tue buah hati my sis..)..

"ermm...salah bagi mes erkkk..?"...katanya...
"xdela mmg nak bagi kat abg pun.."
"bis tue nape xtukar panggilan tue..???
"sajer2 jer...nape xboleh erkkk...abg marah ker...???
"ermm..wat per nak marah..lagi pun bukan isteri kan...!
"emm..bagus laa camtu..senang atie ckit..he2..abag wat per?
"saya kurang chat la arinie..lau boleh nak rehat jerr...awak ganla ganggu saya...
"laaa....nape lak 'bersaya'....'berawakk' nie...abang marah ker gan mes td..?
saje2 jela nak usik abg..panggilan abg tue tetap kat hati 'sayang'...abg dah
makan ubat ker..??"
"thankzzz arr amik berat pasal saya....saya nak tidola...bye2..."

Itula semua mes2 yang di forward semula oleh my sis..mau penuh inbox mes kaseh di buatnya. huuhuhu...abis tue per masalah dan kesudahannya...tanya kaseh.."achik dah 3 hari dier x mes2 gan adeq...takkan F nak terasa hati kot gan mes camtue..dulu pun sebelum serius panggilan 'saya' n 'awak' itula yang menghiasi percintaan kami.adeq saje jer nak kembalikan semula nostalgia tue..takkan sebab itu dia nak merajuk dan x percayakan adeq..takkan adeq nak minta maaf pulak untuk jernihkan keadaan..."...omelnya...

Adeq...satu sikap dia yang kaseh faham sangat dalam bercinta..degil dan keras kepala..pernah sekali tue dia tak reply mes dari F sebab tertido...sepatutnya adeq la yang kena sms dulu dan bertnya khabar..nie taknya...selagi F tak sms dier dulu selagi itula adeq wat 'dono' jer..hampir seminggu gak keadaan camtue..hinggalah F sms kembali...

"sayang gan wat abang cnmi...sayang taukan sayang laa kelemahan dan kekurangan diri abang...abg minta maaf andai de silap..."

yeessss.....achik, F mes adeq dulu...mau terlompat dia dapat mes dari F..suka sangat dia bila F terpaksa merendahkan ego sebegitu sekali.dan kaseh tau adeq sebenarnya nak tengok sejauh mana sayang dan cinta F pada dirinya.bagi dirinya seandainya F betul2 sayang dan cinta pada dia, mesti F akan sedaya upaya dapatkan dirinya walau ape2 pun rintangannya...betul tue..kdg2 kite terpaksa uji lelaki ini untuk ketahui sedalam mana cintanya..setuju x...???

Itu cerita dulu..dan untuk waktu ini masalah yang datang hampir sama..leh dikatakan dua2 ego n taknak akui kesilapan masing2...dan kaseh tau masing2 tertunggu2 sapa yang akan sms dulu.. siapa akan mengalah...siapa kan minta maaf..walhal dalam hati nak jer tau keadaan masing2..tul x...???patut ker my sis minta maaf dulu, sedangkan niat dier bek bagi mes camtue..???..dan nape lelaki mudah benar terasa hati n merajuk dengan mes camtue..???

Lau ikutkan kaseh semua masalah ini boleh diselesaikan apabila salah sorang mengakui kesilapan dan merendahkan ego sendiri.and for my luv sis...tak salah kirenya adeq yang mula kan dulu mes F dan bertanya khabar kembali untuk jernihkan suasana.takkan sebab yang kecik n simple nie sampai nak putuskan perhubungan..kenang kembali kenangan2 manis dulu..dan yang important timbang bek n buruknya sebelum mengambil keputusan.."achik tau my luv sis nie cmne...walau pun kadang2 tue degil n keras atie ckit tapi sebenarnya seorang yang lembut dan pemaaf kan...taul x...?so....gan berlengah lagi..malam nie mes F semula dan minta maaf...boleh....?"nasihat ku..."emmm....tengok laa achik...ikutkan nak jer F yang mes dulu tapi andainya itu langkah terakhir tuk selamatkan perhubungan ini adeq rela...."luahnya...

My luv sis....adeq bongsu kaseh yang selalu berkongsi masalah dengan kaseh.maybe coz kaseh jer akak yang single lagi so senang untuknya meluahkan rasa yang terpendam.dan kaseh sebenarnya suka menjadi pendengar yang setia dan cuba sedaya upaya untuk menolong ape yang mampu...dan yang paling utama coz kaseh sayangkan adeq2 kaseh...^_^.....

"It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and a day to love someone...but it takes a lifetime to forget someone..."

"Never say goodbye when you still want to try. never give up when you still feel you can take it. never say you don't love a person when you can't
let go...._Dons_

Wednesday, March 11, 2009

CUBA KITA FIKIRKAN SEJENAK & INSAFILAH SIAPA KITA...

Teringat pesan ayahanda...


"sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita "Subhanallah, betapa alpa nya kami...sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...Peringatan buat diriku yang sering lupa Adakah kita seorang Islam? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.


Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad. Fitnah..gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!Adakah kita benar-benar seorang Islam?Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun.


Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi,mengapa kita masih leka buai perasaan.Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya! Firaun?Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah?


Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia.Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf..Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedari lah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.


Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskanm dosa seharian? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat . kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan .. kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum . kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?


Kita ketawa . kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++,

kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat .** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit .** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita?? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI.! Siapa kita..? Wallahu'alam - JKIM :


4 ibu utama

A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:


1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.

3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C ) Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang yang tidak melakukan sholat pada :

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:


Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.


InsyAllah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang membacanya....

sama2 lah kita mengingati antara satu sama lain...

wassalam.