Friday, March 27, 2009

SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA.

Pengharapan dan doa setiap wanita terhadap bakal pasangan hidupnya...termasuk la kaseh..cuma insan biasa yang punyai banyak kelemahan dan kisah silam yang kelam dan terang..sentiasa perlukan bimbingan dan sokongan dari insan yang bergelar 'SUAMI'.....doa kaseh moga dia sentiasa dapat mengerti dan memahami...


Kau yang bernama…....

Andainya suatu hari nanti

Ditakdirkan kita akan bersama

Melayari bahtera kehidupan

Usah kau mimpikan selaut sutera kehidupan

Jangan kau igaukan kasih yang menggunung

Juga usah kau harapkan

Kesempurnaan yang mutlak dari diri ini…


Akuilah hakikat yang tersurat

Aku bukan Siti Khadijah

Mahupun tidak juga Siti Fatimah

Aku juga bukan Siti Aisyah

Ataupun Ummu Mukminin yang lain

Jauh sekali seperti Rabiatul Adawiyyah

Wanita sufi yang terpuji

Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam

Mahupun Masyitah, Asiah atau Sumayyah…


Kau yang bernama…...

Mengertilah dengan waras keimanan

Aku hanyalah wanita akhir zaman

Yg masih cuba mempertahnkan maruah

Dengan kesucian diri sebagai Muslimah

Berlandaskan garisan ketetapan-Nya

Dalam kegawatan masa kini

Yang serba palsu dan menjijikkan

Dengan kemampuan diri

Yang tinggal sekuman cuma…


Kau yang bernama……....

Demi kerana-Nya semata-mata

Tidakku tagih apa-apa darimu

Cumaku pohon sebuah pengertian

Dan juga kasih sayang yang suci

Bahawa aku adalah amanah untukmu

‘SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA….’



**sajak ini kaseh ambil daripada arkib simpanan adeq kaseh.memang terlalu banyak renungan dan nasihat yang lh kaseh jadikan panduan dalam meniti arus2 kehidupan...."

8 comments:

  1. dan sekiranya ditakdirkan antara kaseh dan dia tiada jodoh...'Jangan ada benci....'

    ReplyDelete
  2. k manje...
    bagaimana untuk membenci seseorang yg pernah kita cinta n sayang dlm hidup ini.biar pn benci tapi rindu..walau apa yg terjadi kaseh redha...:-)

    ReplyDelete
  3. salam kaseh..
    " kalau gaduh siksa, membenci membuatkan kita mengingati dan merindui "

    saya pernah ada satu entry tajuk kalu gaduh siksa..

    anggap je semua tu ketentuan Allah, klu ada jodoh takkan kemana suatu hari nanti pasti kembali

    ReplyDelete
  4. salam faizal@poyan...

    betul..betul...der jodoh pasti x ke mane kan..
    and lau xdek jodoh pun ke mane gak kan..:-)

    ReplyDelete
  5. Salam Nur_Kaseh! saya nak tanya jodoh mencari kita atau kita mencari jodoh? Cuba-cubalah Nur_Kaseh pikir-pikir dulu tetapi Kaseh kena ingat hidup di dunia ini semuanya adalah ketentuan Allah. wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam....
    semestinya kita yang mencari jodoh.jodoh,ajal, maut semuanya d tangan Tuhan.hidup ini tiada yang kebetulan semuanya dah ditentukan olehNya.
    Sebagai hambanya kita wajib berusaha,berdoa dan selebihnya berserah padaNya.walau apa2 pun yang terjadi kena sentiasa ingat pasti ada hikmah di sebaliknya.....

    ReplyDelete
  7. W. salam....

    Oklah saya doakan Nur_Kaseh dapat bertemu jodoh dengan kadar segera kerana ingat umur semakin meningkat. Betul tak? InsyaAllah satu hari nanti Nur_Kaseh akan bertemu jodoh dan kalau boleh (mesti)cari yang kuat beragama seperti mana dalam hadis nabi iaitu ..Pilihlah yang pertama beragama, berharta dan seterusnya..... WaAllah walam

    ReplyDelete