Thursday, March 26, 2009

FALSAFAH CINTA.....

Pagi ini begitu indah. Seindah perasaan kaseh…Alhamdulillah masih diberi peluang olehNya untuk menghirup udara segar di dunia yang fana ini. Pagi yang ceria, tenang dan nyaman sekali…teringat pesan mak kaseh…”kakcik gan lupa bangkit awal pagi, solat subuh dan lebarkan senyuman pada semua..baru murah rezeki…”..^_^….kata azimat yang sentiasa kaseh pegang hingga kini walaupun bab bangkit awal tue kadang2 terlajak gak..ampun mak.. huhuhu…tapi memang betul la tue.bila kita senyum kat orang mesti orang tue akan senyum balik kat kita kan..tul takkk..???tak dapat bersedekah dengan wang ringgit jadila if kita dapat memberikan semanis senyuman pada orang yang berselisih gan kita.dapat gak ganjaran dan pahalanya…^_^….

Ermmm…mesti tertanya2 kan apa lak kaitan tajuk dengan mukadimah kat atas tue…actually hari ini kaseh nak tulis satu topic yang memang semua orang suka….cuba teka..???laaa…sah2 dah jawapan ada kat atas tue…uhuhuhuhu. CINTA…..semua orang pun ingin dicintai dan mencintai...tul takkk..???bila di alam percintaan diri pun terasa di awang-awangan..sikap yang buruk2 ada pada pasangan pun nampak elok2 dan baik2 jer..yela tengah syok bercinta kadang2 sampai mata hati pun jadi buta..gaduh cikit2 tue no hal la..mesti dapat di selesaikan..yela sayang punya pasal kan..

So…kat sini kaseh nak berkongsi dengan semua falsafah cinta yang akan mengukuh dan merapatkan lagi jalinan percintaan itu…kerana kadang kala dalam percintaan kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangan.falsafah ini kaseh amik dalam arkib simpanan adeq kaseh..

“….Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam hati. Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta......


Ia bukan 'passport' untuk anda difahami; tetapi Untuk anda memahami.

Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; Tetapi untuk anda diambil.

Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya Anda didengar.

Ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan Untuk anda meminta itu dan ini.

Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.....


“…..bercinta tidak semestinya kedua-dua mengecapi kebahagian bersama…berkorban untuk melihat org yg disayangi juga adalah cinta yg sebenarnya….


Hmmm...agak2 kita termasuk tak dalam kategori kat atas tue........???

6 comments:

  1. adakah cik kaseh bersedia utk menerima cinta sesiapa saja???? tok aji umapamanya??? :p kekeke

    ReplyDelete
  2. kak manje...
    cinta itu dirasa bila dihati terasa degupan yg sama..seandainya sebelah pihak saja yg mencintai n menyayangi mane mgkin wujudnya kebahgiaan itu..cinta, kasih n sayang kan sesuatu yg xbleh dipaksa2...^_^....

    ReplyDelete
  3. salam kaseh..
    emmm natah la saya pernah mencintai tapi tak pernah dicintai... kekadang pernah dicintai tapi saya pulak tak mencintai..

    rumit sangat klu fikir bab cintan cintun ni..

    berbahagia dan gembiralah orang yang telah menemuai cinta yang mana pasangan tu saling sayang menyayangi dan memahami..

    bg saya masa itu belum tiba, pasti suatu saat akan tiba jua...

    ReplyDelete
  4. salam faizal@poyan...

    betul tue.bila tiba bab2 cinta nie sbnr yer rumit tuk dihuraikan.tanya iman, tanya hati di situ temui cinta sejati..:-)

    ReplyDelete
  5. Cik Nur_kaseh, pada pandangan saya, cinta tu bukan di lihat pada zahirnya tetapi pada ketelusan hatinya walaupun orang tu tok aji macam manja sebutkan tu. Bagi saya asalkan orang tu ikhlas so no problem macam orang-orang tua cakap cinta tu buta. Betul tak........ Kesimpulannya pikir-pikir lah Cik Nur_Kaseh dan saya hanya dapat doakan agar saudari mendapat teman hidup yang Cik Nur_Kaseh cinta & Kaseh. Wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam....

    btul la 2 en anonymous...per yg penting lam percintaan nie keikhlasan,kejujuran,kesetiaan kan...tp soal atie n perasaan nie kdg2 susah nak kita jangka.biarla TAKDIR yg menentukan segalanya....mungkin 2 yg terbaik..:-)

    ReplyDelete